“PBB Sarawak tiada pilihan kecuali keluar BN” - Dr. Jeniri Amir

Episode 237,   Jun 07, 2018, 04:56 AM

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mempunyai pilihan selain keluar daripada Barisan Nasional (BN) demi memastikan survivalnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka diadakan pada 2021.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr Jeniri Amir bagaimanapun berkata, keputusan berkenaan harus dibuat secara bersama dengan parti komponen pemerintah lain bagi menunjukkan isyarat bahawa keputusan ini dibuat demi rakyat Sarawak.