Dua persatuan restoran nafi ahli naikkan harga

Jul 14, 05:07 AM

Dua persatuan pengusaha restoran mahu segera bertemu menteri KPDNHEP bagi membincangkan isu berkaitan harga makanan.

Ini berikutan dakwaan kementerian kira-kira 30 peratus pemilik restoran masih belum menurunkan harga selepas GST berada pada kadar sifar.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim dan Persatuan Pengusaha Restoran India Msia berkata, tiada aduan diterima berhubung harga makanan yang dikata mahal dipremis ahli-ahlinya.