Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan

Feb 01, 2023, 03:32 AM

Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu.

Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.