Belanjawan 2021- Dua pilihan moratorium, ringankan beban rakyat bermula Disember 2020

Nov 07, 2020, 04:12 AM

Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata selain BSH dan BPR, peminjam dari kalangan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman dibawah RM150,000 turut layak menerima manfaat daripada dua pilihan yang akan diberi.