AWANI Soundbyte #149 : Kementerian Kewangan tanggung hutang 1MDB sejak April 2017 - Guan Eng

May 22, 2018, 09:25 AM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dimaklumkan Kementerian Kewangan sudah membiaya hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM6.98 bilion.

Dalam sidang medianya, Guan Eng memberitahu bahawa Kementerian Kewangan menanggung hutang 1MDB sejak April 2017 dan ia bertentangan dengan ketegasan Presiden dan CEO 1MDB Arul Kanda bahawa pihaknya berupaya membayar sendiri hutang syarikat itu.

Berikut sidang media penuh Lim Guan Eng mengenai pendedahan berkenaan.