Pengumuman Keputusan QS World University Rankings (QS-WUR) 2019 oleh Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik

Episode 238,   Jun 07, 2018, 07:47 AM

Universiti Malaya (UM) berjaya tersenarai dalam 100 universiti terbaik di dunia, umum Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Jelasnya, perkara itu berdasarkan Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2018/2019 yang menyenaraikan UM di tempat ke-87 dalam senarai universiti terbaik dunia.

Selain itu, empat lagi universiti awam juga berjaya menunjukkan peningkatan menbanggakan iaitu UKM di kedudukan 184, UPM ; ke202, USM ke 207 dan UTM ke 228.