Meriah Bersama : Bezanya beraya di penjara - Anwar Ibrahim

Jun 14, 09:00 PM

Perjalanan politiknya bukan biasa-biasa, bermula sebagai aktivis pelajar, kemudiannya menyertai parti politik dan menjadi orang penting dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah dipenjara sebanyak dua kali. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berkongsi pengalaman dan perbandingan raya beliau kali ini dan semasa beliau di penjara secara ringkas. Beliau turut menyelitkan pesanan khas kepada penyokong-penyokongnya dalam ucapan raya beliau.