Pakar psikologi: Perlu ada akta terhadap pengasuh di rumah

Episode 437,   Jul 23, 2018, 02:44 AM

Subscribe

Akta atau undang-undang berkaitan perlu diwujudkan terhadap pengasuh di rumah. Pakar Psikologi dari Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datin Dr. Mariani Md Nor berkata, ketika ini hanya taska dan taman asuhan yang dikuatkuasakan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 melibatkan garis panduan dan peraturan yang ditetapkan.