Azmin : Khazanah jual baju dalam, rugi RM80juta

Season 1, Episode 492,   Aug 01, 2018, 09:28 AM

Subscribe

Beberapa pelaburan yang dilakukan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan kini untuk meletakkan kembali syarikat tersebut ke landasan asalnya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata antara tindakan yang menimbulkan persoalan adalah pelaburan ke dalam syarikat penjualan baju dalam wanita atas talian.

Azmin berkata demikian sebagai respon kepada Datuk Seri Najib Tun Razak (BN - Pekan) yang mempersoalkan apakah sebab Khazanah disifatkan sebagai lari daripada tujuan asalnya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.