Erti Merdeka: Pak Nasir mahu ulangi sejarah disambut Tun M

Episode 597,   Aug 25, 2018, 03:16 AM

Veteran askar, Nasir Abas, 63 yang meneruskan larian kemerdekaan buat tahun ketiga berturut-turut berharap akan disambut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya sempena sambutan kemerdekaan ke-61.

Beliau yang mesra disapa Pak Nasir memulakan larian di Dataran Bandar Alor Setar pada 18 Ogos lalu akan mengambil masa selama 12 hari untuk menempuh perjalanan sejauh 500 kilometer bersama seorang lagi pelari, A Krishnan, 60.