Penganalisis : Anwar dijangka pilih Sungai Petani untuk bertanding PRK

Season 1, Episode 658,   Sep 12, 2018, 03:09 AM

Subscribe

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memilih Parlimen Sungai Petani berdasarkan peratusan pengundi Melayu. Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah pasti mahukan kelebihan sokongan besar Melayu berbanding beberapa lagi kawasan yang dikatakan bakal ditandinginya.