UPSR 2018: Segerakan ekuiti pendidikan kepada semua!

Episode 964,   Nov 29, 2018, 02:28 AM

Susulan pengumuman keputusan UPSR, tentu sekali harapan ibu bapa kepada anak-anak mereka yang menduduki ujian berkenaan agar mereka mendapat keputusan yang baik, memandangkan keputusan yang baik akan menentukan hala tuju persekolahan mereka selepas ini.

Ini kerana dengan keputusan UPSR yang baik, berkemungkinan besar anak-anak mereka layak untuk mendaftar di sekolah-sekolah menengah berprestasi tinggi yang tentunya menjanjikan masa depan yang cemerlang untuk anak-anak.

Begitupun, bagi pensyarah Fakulti Pendidikan UKM Profesor Madya Dr Hasnah Toran, sudah tiba masanya masyarakat beralih kepada pemikiran seperti di Finland, yang tidak menetap mana-mana sekolah sebagai sekolah terbaik, sebaliknya memberi tumpuan kepada mewujudkan ekuiti pendidikan kepada semua.