China dihujani pujian dan juga kritikan bendung bencana kesihatan

Mar 05, 2020, 07:37 AM

Saintis China menerima pujian kerana berjaya mengenal pasti penyakit misteri yang mula melanda sebagai versi baharu virus korona melalui cara pengasingan genome dengan pantas.

Namun dalam pujian ada kritikan dari pelbagai pihak. China sepatutnya lebih bersungguh-sungguh berkongsi secara telus data epidimiologi yang merangkumi jumlah pesakit terlibat dan tanda-tanda klinikal (clinical symptoms).