Tiada perkhidmatan "take away" di Jerantut, Pekan & Raub bermula esok

Mar 30, 2020, 07:02 AM

Semua premis makanan di daerah Jerantut, Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan secara bawa pulang atau 'take away' mulai esok.
Menurut Setiausaha kerajaan negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak arahan berkenaan juga meliputi restoran makanan segera di tiga daerah terbabit.