Mutasi ganas berkemungkinan dari strain B

Apr 30, 2020, 10:56 AM

Subscribe
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan satu strain mutasi yang dikesan bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain berkemungkinan berasal dari strain B.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dikesan selepas proses kultur dilakukan ke atas virus tersebut.