Realiti Rakyat: Cabaran sektor pertanian ketika pandemik COVID-19

May 14, 03:56 AM
SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Prof Madya Dr Norsida Man, Ketua Jabatan Teknologi Pertanian UPM dan Shahrizal Denci, Pengurus D&H Plantations, Kundasang dalam membincangkan cabaran sektor pertanian ketika pandemik COVID-19. 

Pada April, kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati pekerjaan dalam sektor pertanian merekodkan kehilangan pekerjaan kedua tertinggi dengan 21.9 peratus, selepas pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dengan 35.4 peratus.

Tambah lagi apabila kira-kira 56 peratus sektor pertanian juga berstatus 'tidak standard' atau non standard. Ini bermaksud, mereka tidak bekerja sepenuh masa atau tidak mempunyai kontrak pekerjaan formal, malah ramai yang bekerja sendiri.

Bagaimana untuk memastikan pengusaha dan pekerja sektor pertanian dapat menangani cabaran dan kelangsungan ketika PKP masih berkuatkuasa serta pasca PKP ini dalam Normal Baharu?

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.