COVID-19: Kerajaan disaran lanjut moratorium

May 19, 2020, 06:13 AM

Subscribe
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, FOMCA meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember tahun ini.
Ini kerana ada anggota masyarakat yang akan menghadapi kesukaran untuk kembali kepada kehidupan sebelum wabak COVID-19, khususnya bagi yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan serta perlu mencari kerja baharu.
Bersedia secara Google Hangout, Presiden Fomca Datuk Dr Marimuthu Nadason untuk berkongsi lebih lanjut kewajaran membuat permintaan sedemikian.