Rentas negeri untuk urusan nikah dibenarkan

Jun 02, 2020, 08:51 AM

Kerajaan membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dengan mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, individu berkenaan bagaimanapun perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memastikan urusan pernikahan adalah tidak melebihi 20 orang.