COVID-19 dan PKPB: Membela nasib penjaja & peniaga pasar

Jun 03, 2020, 10:27 AM

Golongan penjaja dan peniaga pasar malam antara yang paling teruk terkesan dengan penularan COVID-19 dan pelaksanaan PKP. Tidak seperti restoran atau syarikat, keupayaan mereka sangat terhad dan mereka banyak bergantung kepada hasil pendapatan harian atau mingguan. Selepas lebih 3 bulan tidak dibenarkan berniaga, bagaimana mereka mencari sumber pendapatan baru, dan apa lagi yang boleh kerajaan lakukan untuk meringankan beban mereka? Kami menemubual Jaafar Othman, Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Bergerak Kinta, Perak.