Penipuan penjualan pelitup muka cecah RM5.5 juta

Jun 04, 2020, 07:42 AM

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, sejak 18 Mac hingga 3 Jun, sebanyak 572 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan jualan pelitup muka melibatkan anggaran kerugian RM5.5 juta. Kebanyakan kes urusan jual beli menerusi Facebook dan WhatsApp.