Alhamdulillah, sudah boleh berjemaah di masjid

Jun 11, 2020, 09:22 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan, akan dibuka bagi Solat Jumaat dan solat berjemaah mulai Jumaat.