Realiti Rakyat: Pertanian pintar kalis krisis

Episode 79,   Jun 24, 2020, 07:02 AM

Pelaksanaan PKP menyaksikan pelbagai idea baharu yang diusahakan untuk kelangsungan hidup. Pagi ini kami bawakan satu inovasi dalam industri pengeluaran makanan.

Muhammad Firdaus Osman, merupakan pengasas Saudagar Aquafarm, yang mengusahakan penternakan udang kara atau lobster secara komersial dan tanaman hidroponik di Alor Setar menggunakan kaedah smart farming atau penternakan pintar.

Kita ingin kongsikan idea Firdaus kepada penonton pagi ini, yang mungkin tertarik dengan perusahaan penternakan pintar, apa nasihat yang perlu anda tahu sebelum memulakan perusahaan ini, dan apa contoh cabarannya.