Realiti Rakyat: Kepentingan MySejahtera dalam mengawal COVID-19

Episode 80,   Jun 25, 2020, 05:51 AM

Pelbagai usaha dijalankan kerajaan dalam memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat ketika COVID-19 ini dan usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19. 

Situasi ketika ini menuntut kita untuk bergerak ke hadapan, memanfaatkan peluang untuk menghasilkan produk berteraskan inovasi dan teknologi. 

Sebagai contoh, aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan malaysia membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri

Sejak diperkenalkan April lalu, aplikasi ini juga berfungsi untuk membantu pengguna mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19, selain mengenalpasti hospital dan klink terdekat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan. 

Itu adalah antara kelebihan dan fungsi aplikasi ini.

Namun sehingga kini, bagaiamanakah aplikasi ini dilihat membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19? Bagaimana pula sambutan dari rakyat mengenai aplikasi ini, dan apakah teknologi ini mampu memudahkan kerajaan untuk menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat?

Semua persoalan ini kita akan bincangkan bersama tetamu kita iaitu Ir Md Shah Nuri Md Zain, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) MKN.