Realiti Rakyat: Fahami apa yang bakal berlaku di sidang Parlimen

Episode 88,   Jul 13, 2020, 04:40 AM

Sebahagian menteri Kabinet bakal berdepan cabaran pertama mereka tahun ini di 'gelanggang' perundangan negara.

Dan dikatakan persidangan kali ini adalah persidangan paling panas dalam sejarah Parlimen Malaysia, yang mana ia adalah persidangan parlimen pertama di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.

Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan tercabar ketika kerajaannya mengusulkan pengosongan jawatan Tan Sri Mohd Arif Md Yusof dan Timbalannya Nga Kor Ming.

Malah keutuhan kerajaan ini teruji ketika usul pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Dewan Rakyat yang baharu.

Untuk membicarakan mengenai jangkaan persidangan Parlimen pada hari ini adalah Dr Ummu Atiyah, Pensyarah Kanan Pengajian Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, UUM.