Tabung Haji tidak dikuasai bukan Islam - Muhyiddin

Jul 14, 2020, 02:01 PM

Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 billion dan tidak dikuasai orang bukan Islam, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion.