Usul tukar Yang Dipertua bukti ahli parlimen PH tidak layak jadi kerajaan

Jul 14, 2020, 02:05 PM

Ahli Parlimen Padang Rengas mendakwa sikap ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan ketika membahaskan usul pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu sebagai bukti jelas tidak layak menjadi kerajaan.
Katanya, apa yang berlaku pada Isnin itu membuktikan sikap sebenar ahli-ahli parlimen pembangkang tidak memahami prosedur dan menunjukkan sikap sebenar mereka yang membangkang apa saja.