Realiti Rakyat: Ancaman COVID-19 masih ada

Episode 91,   Jul 20, 2020, 08:33 AM

Negara merekodkan kes COVID-19 yang semakin berkurang dengan semalam sebanyak 15 kes, empat import dan 11 penularan tempatan.
Kita juga menyaksikan sebanyak tiga kes kluster baharu muncul iaitu kluster restoran Kuala Lumpur, rumah kongsi sepang dan jeti Kuching.
Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan memberikan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada pukul 3 petang nanti.
Dan bersama kami melalui talian Skype ialah Ketua Kampung,  Kampung Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Sarlan Yasmin.