Realiti Rakyat: Peluang keusahawanan dalam produk sarang burung walet

Episode 92,   Jul 21, 2020, 06:45 AM

Keusahawanan merupakan salah satu jalan keluar ketika kadar pengangguran semakin meningkat akibat pandemik COVID19.
Salah satu perniagaan atau keusahawanan yang mula diterokai ramai adalah produk sarang burung walit.
Sarang burung walit bersih atau dipanggil(RC EBN), sarang burung walit belum bersih (RUC EBN) dan produk tambah nilai berasaskan burung itu, merupakan satu produk yang sememangnya mendapat permintaan tinggi di China, yang mana negara kita kini adalah pengeksport kedua terbesar selepas Indonesia.
Perkembangan teknologi dan industri pada hari ni telah menggunakan sarang burung walit dalam penghasilan produk seperti kosmetik dan juga sebagai produk makanan tambahan.