Zahid beri bayangan lakukan keputusan politik besar

Jul 28, 2020, 05:25 PM

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu "keputusan politik besar" susulan keputusan kes mahkamah Najib Razak hari ini.
Zahid berkata demikian selepas mahkamah mendapati Najib bersalah dalam tujuh tuduhan termasuk salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.