Realiti Rakyat: Inovasi penyelamat alam sekitar dan pekerjaan

Episode 96,   Aug 07, 2020, 03:10 AM

Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan.

 Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah.