Realiti Rakyat: Anak muda bantu ibu kembang perniagaan tadika & kelas ngaji

Episode 97,   Aug 11, 2020, 06:28 AM

Walaupun bekerja di sebuah syarikat besar, namun impian untuk membantu ibunya mengembangkan perniagaan tadika dan kelas mengaji tetap menjadi keutamaan.

Walaupun berdepan cabaran dan kekangan dalam perniagaan dengan krisis COVID-19 yang muncul, usaha itu membuahkan hasil selepas Afham Kamarudin berjaya membeli sebuah kereta buat ibunya Nen Mahmud.

Bagi sesetengah orang, pemberian itu kecil, tapi bagi seorang anak muda yang mempunyai semangat dalam bidang keusahawanan itu adalah kejayaan yang sangat besar.

Tambahan pula dengan kegigihan menuntut ilmu keusahawanan bagaimana mahu memajukan sesebuah perniagaan itu agar ia kekal relevan dan berdaya saing dalam industri.