Runding terus: henti politik, saya hanya menjawab - Zafrul

Aug 27, 2020, 10:29 AM

Isu berkaitan 101 projek yang dianugerahkan menerusi rundingan terus semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak perlu dipolitikkan.
Itu tegas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau selaku individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara hanya menjawab soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat.