Anwar umum dapat sokongan kukuh tubuhkan kerajaan

Sep 23, 2020, 05:35 AM

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa lalu namun ditangguhkan selepas Baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).