Anwar Ibrahim perlu berhati-hati, boleh pengaruhi reputasi dan kredibiliti

Sep 24, 2020, 04:54 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhati-hati dalam melakukan gerakan catur politiknya kerana ia boleh mempengaruhi reputasi dan kredibiliti beliau.
Ini merujuk kepada dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson itu bahawa beliau cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.
Menurut Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, timbul persoalan mengenai masa, yang dilihat tidak bersesuaian dengan keadaan kesihatan Yang Dipertuan Agong serta proses Pilihan Raya Negeri Sabah yang sedang berlangsung ketika ini.