Pas tuntut penjelasan UMNO

Sep 25, 2020, 06:48 AM

Pas mahu UMNO beri penjelasan berhubung dakwaan ada Ahli Parlimen parti itu yang memberi sokongan kepada presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan memberitahu, penjelasan dari UMNO itu penting memandangkan parti itu telah menandatangani persefahaman dan persetujuan yang termaktub piagam Muafakat Nasional.