Blok Tun Mahathir kemuka surat usul undi tidak percaya

Oct 17, 2020, 02:04 AM

Setakat pukul 10 pagi ini, seramai empat Ahli Parlimen daripada blok bebas telah mengemukakan surat usul itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat akan datang. Mereka terdiri daripada Dr Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.