AWANI Pagi: Angin pasang di kalangan kanak-kanak

Oct 22, 2020, 03:39 AM

Jika kita selalu mendengar mengenai sakit angin pasang yang sering menyerang orang dewasa, sebenarnya angin pasang juga boleh berlaku ke atas kanak-kanak yang mana sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal boleh mendatangkan kesakitan kepada kanak-kanak terbabit.

Kita nak tahu dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini, punca dan kaedah rawatan bersedia di talian Skype adalah Dr Syariz Izry Sehat, Pakar Perunding Pembedahan Pediatrik & Panel doktorbudak.com.