YDP Agong boleh prorog Parlimen demi kestabilan negara

Oct 24, 2020, 02:25 AM

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh menggunakan peruntukan perlembagaan perkara 55 fasal 2 bagi memprorog Parlimen.
Ini kerana menurut Peguambela dan Peguamcara, Datuk Setia Salehuddin Saidin, apabila Parlimen tidak lagi berfungsi pada saat itu, Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengambil alih pentadbiran negara dengan bantuan barisan Kabinet kecemasan yang ditubuhkan bagi mencapai kestabilan negara.