Tengku Razaleigh maklumkan beliau boleh cari sokongan untuk tukar kerajaan - Tun Mahathir

Nov 26, 2020, 02:35 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini mendedahkan bahawa beliau pernah diberitahu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu boleh mencari bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menukar Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, apa yang berlaku adalah sebaliknya, dan ketika ini Putera dari Kerabat Kelantan itu dilihat sedang berusaha untuk meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai legitimasi.