Bahaya kalau buat PRU15 sekarang - Tun Mahathir

Nov 26, 2020, 02:37 AM

Keputusan membuat pilihan raya umum dalam tempoh penularan gelombang ketiga pandemic COVID-19 ketika ini merupakan satu perkara yang merbahaya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, seharusnya Kerajaan masa kini mengambil pengajaran yang sewajarnya terhadap kesan Pilihan Raya Negeri Sabah ke atas seluruh negara.
Ujarnya lagi, beliau berpandangan lebih baik sekiranya Kerajaan dan semua pihak bersabar dahulu sementara menanti vaksin yang benar-benar berkesan untuk rakyat.