AWANI Pagi: Menarik atau tidak buku teks digital?

Jan 16, 2021, 03:10 AM

Kementerian Pendidikan, KPM  menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi 'KPM etextbook reader' bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.
Antara lain, KPM berkata, aplikasi itu akan memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
PKP  bermula Rabu sehingga 26 Januari ini.
Bersedia di talian melalui Skype, orang yang tepat sekali untuk berkongsi topik ini.
Beliau ialah Mutalib Uthman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku.