Vaksin COVID-19 | Mufti WP setuju hukum pengambilan vaksin

Feb 14, 2021, 08:00 AM

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersetuju mengguna pakai resolusi muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 3 Disember lalu yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan. 
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata PMWP menyokong sepenuhnya pelaksanaan program imunisasi COVID-19 kebangsaan yang dijangka bermula penghujung Februari ini.