[TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara

Apr 13, 2021, 08:37 AM

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Jaya pada Selasa.
Bagaimanapun tempoh penutupan operasi sekolah terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.