AWANI Global: Analisa Pasca Perang Afghanistan

Apr 24, 01:00 AM
Selama hampir dua dekad, perang terpanjang ini mengakibatkan Amerika menghabiskan lebih kurang $ 2 trilion dolar, mengorbankan 110,000 nyawa Afghanistan, mengakibatkan kematian 3,500 anggota perkhidmatan gabungan termasuk sekitar 2,448 tentera dan anggota Amerika. Presiden Biden mengumumkan pada minggu lepas, Amerika akan mengundurkan kesemua baki tenteranya bermula 1 Mei, 2021. Menurut Biden, “Kami pergi ke Afghanistan kerana serangan mengerikan yang berlaku 20 tahun yang lalu. Alasan itu tidak dapat menjelaskan mengapa kita harus kekal di sana pada tahun 2021.”

Ikuti analisis Dr Azharudin Mohamed Dali mengenai perang A.S melawan keganasan yang bermula sejak 2001 di Afghanistan dalam AWANI Global, Sabtu, 24 April jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com.