COVID-19 | Lengkap vaksin, tidak perlu pelitup muka?

May 06, 2021, 09:12 AM

Sebelum ini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat ada mengumumkan rakyat negara itu yang telah menerima dos penuh vaksin COVID-19 tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.

Tindakan itu dianggap tindakan paling berani berani memandangkan pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara lain menyarankan individu yang telah divaksin perlu kekal memakai pelitup muka selain mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan virus berkenaan.

Untuk itu kita bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid bagi perinciannya.