AWANI Pagi: Insurans melindungi Perniagaan Anda?

Jul 12, 2021, 01:29 AM

Menjalankan perniagaan mempunyai risiko tersendiri.
Tanpa insurans, anda mungkin perlu menggunakan wang sendiri untuk terus kekal berniaga.
Inilah sebab utama kenapa insurans atau takaful perniagaan teramat penting. Ia melindungi perniagaan anda sekiranya berlaku masalah, dan melindungi diri anda dan juga pekerja.
Hari ini kami mahu berkongsi pandangan untuk anda tahu jenis insurans yang sesuai untuk perniagaan yang bagaimana- bersama Persatuan Broker Insurans & Takaful Malaysia (MITBA), encik Shahrizal Shahruddin.