COVID-19 | CAC maya dan kelonggaran buat penerima vaksin

Jul 16, 2021, 05:13 AM

Semalam dilaporkan bahawa kerajaan akan mewujudkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya bagi menguruskan kes pesakit COVID-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas COVID-19 Greater Klang Valley, Datuk Dr Chong Chee Keong menjelaskan, pemantauan kes-kes sedemikian akan dibuat secara maya tanpa keperluan hadir ke CAC secara fizikal.