AWANI Global: Landskap hubungan dan kerjasama A.S-ASEAN

Dec 11, 2021, 05:43 AM

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken bakal melawat Indonesia, Malaysia dan Thailand pada minggu hadapan. Ini satu lagi lawatan penting wakil pentadbiran Biden ke negara-negara ASEAN susulan daripada lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris pada Ogos lalu. Ikuti analisis Prof Dr Sufian Jusoh, Pengarah IKMAS, UKM mengenai sejauhmanakah pentadbiran Biden memandang serius hubungan A.S dengan negara-negara ASEAN. Apakah agenda dan isu penting yang bakal dibincangkan pemimpin ASEAN? Saksikan AWANI Global 11 Disember, 2021 meneroka isu-isu hubungan antarabangsa dan serantau serta kesan kepada Malaysia.