Cerita Sebalik Berita: Memulikan semula Indeks Persepsi Rasuah Malaysia

Jan 25, 2022, 03:37 PM

Penurunan indeks CPI rasuah Malaysia menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan masyarakat kerana pengumuman itu bukan sekadar dari tahun ke tahun, sebaliknya, dari sudut kepercayaan institusi global terhadap Malaysia.

Menurut Koordinator Belia Rasuah Busters MBM & Presiden PKPIM, Farhan Rosli, ini kerana indeks persepsi rasuah ini adalah suatu indikator yang digunakan masyarakat global bagi meneliti keberkesanan serta keseriusan Malaysia menangani rasuah.