Cerita Sebalik Berita: Bila isu gaji minimum boleh selesai?

Feb 16, 2022, 10:03 AM

Cerita petang ini kita ingin kupas mengenai isu yang seolah kita tidak tahu di mana penyelesaiannya, iaitu isu gaji minimum.

Takda cara mudah untuk kita bercakap soal gaji ini kerana kita tahu ekonomi sedang mahu pulih, kita masih berdepan dengan masalan kekurangan pekerja. Namun.. Jika kita tidak bercakap mengenai hal ini, kita tidak tahu apa yang perlu kita lakukan?.

Jadi kita nak ulas perkara ini bersama dengan Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.